Saat melihat pintu kaabah dibuka di
hadapan mata merupakan satu peluang keemasan yang tidak patut
dilepaskan. Baru-baru ini pintu kaabah telah dibuka dan dikatakan ia
bertujuan untuk melakukan proses pembersihan di bahagian
dalamnya. Kami berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan anda
semua. Oh ya, saksikan juga di atas ini, klip video solat di Masjidil
Haram yang diimamkan Sheikh khalid Ghamidi pada 29 Nov 2012 di atas ini.
Semalam pintu Kaabah di Masjidil Haram
dibuka untuk kerja-kerja pembersihan di dalamnya dan memberi peluang
kepada para pembesar, diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi
memasukinya kira-kira pukul 11 pagi.
Kebiasaannya anggota kanan keluarga
diraja Arab Saudi dan agensi keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan
kain disirami air mawar untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang
menjadi kiblat umat Islam.
Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi.
Upacara selalunya bermula sejurus selepas
solat Subuh, apabila anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga
pintu Kaabah sejak berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari
beg hijau.
beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih
tradisi, golongan lelaki menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar
dan lantai bilik kecil itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula
tradisi dimulakan Nabi Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
Upacara itu, yang dijalankan dua kali
setahun, memberi peluang untuk menjenguk ke dalam struktur yang digelar
umat Islam sebagai pusat bumi itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang
terletak di tengah Masjid Haram diMakkah sebagai kawasan paling suci
dalam Islam kerana Allah mencipta alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.
Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha.
Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya.
Suara sebaknya ketika membaca surah Al-Quran cukup membuatkan kita merasa sebak mengenangkan kebesaran Allah SWT.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar